DIREKTORI  |  INTRANET  |  EN  
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklum Balas Peta Laman

15/7/2018 - PEGAWAI PELBAGAI KAUM DI KAUNTER KHIDMAT RAKYAT

PEGAWAI PELBAGAI KAUM DI KAUNTER KHIDMAT RAKYAT

Berita Harian (Online) : 15/07/2018

IPOH: Pegawai pelbagai kaum di Kaunter Khidmat Rakyat antara penambahbaikan Kementerian Sumber Manusia dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Menterinya, M Kulasegaran, berkata langkah itu penting kerana ramai yang tidak dapat bertutur dan memahami bahasa Melayu atau bahasa Inggeri dengan baik.

"Saya sudah mohon kepada kementerian untuk membawa lebih ramai pegawai berbilang bangsa bagi membantu melancarkan program ini.

"Seperti di Bercham hari ini, kita ada pegawai Cina kerana kita tahu jumlah penduduk berbangsa Cina adalah yang teramai di Perak dan pegawai ini penting untuk mereka berinteraksi dengan lebih mudah," katanya pada sidang media selepas melawat Kaunter Khidmat Rakyat di Pasar Awam Bercham di sini, hari ini.

Menurutnya, kelak akan ada pegawai dari latar belakang yang berbeza bagi membantu dan memudahkan komunikasi dalam menyampaikan pelbagai maklumat serta bantuan kepada rakyat.

Kaunter Khidmat Rakyat dimulakan pada 7 Julai lalu di Pasar Awam Kampung Tawas, di sini, di ikuti dengan beberapa pasar awam lain sekitar bandar raya ini termasuk di Pasar Besar Ipoh, semalam.

Kaunter berkenaan akan diperluaskan di setiap kawasan Parlimen selain turut akan diwujudkan di pasar malam.

"Pekerja Kesuma Bangsa"

Kementerian Sumber Manusia, 
Setia Perkasa 3 & 4,
Kompleks Setia Perkasa,

62530 W.P.Putrajaya

 


Tel  : 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610

Email: aduan.ukk[@]mohr[dot]gov[dot]my

Direktori


Warning: Undefined variable $mod_jmg_sidebar_container_1 in /var/www/html/Portal2022/modules/mod_jmg_sidebar/tmpl/default.php on line 624

Facebook Rasmi KSM


Warning: Undefined variable $mod_jmg_sidebar_container_2 in /var/www/html/Portal2022/modules/mod_jmg_sidebar/tmpl/default.php on line 655