Privacy Policy | Security Policy | Copyright Notice | Disclaimer

 

OUR STORY

Hari Sukan Keluarga @ 1KSM 2017

 

Bersempena dengan Hari Sukan Negara yang diadakan pada Sabtu Kedua bulan Oktober, Kementerian Sumber Manusia tidak ketinggalan turut menganjurkan Hari Sukan Keluarga @ 1KSM pada 14 Oktober 2017 di sekitar Bangunan Blok D3 dan D4, Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya. Kira-kira 600 kakitangan Kementerian serta keluarga telah hadir serta menyertai pelbagai acara yang dianjurkan. Ini termasuklah aktiviti berjalan kaki, berjogging, berbasikal, sukaneka, tarik tali dan mewarna.

Turut hadir Ybrs Dr KSU yang juga hadir bagi merasmikan program, Ybhg Dato’ TKSU ( Operasi ) dan TKSU ( Dasar ), Ketua Bahagian, Ketua Jabatan dan Agensi serta pegawai kanan lain. Ybrs Dr KSU juga telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan yang diadakan pada hari tersebut. Selain menggalakkan aktiviti sukan dan riadah, diharapkan agar Hari Sukan Keluarga @ 1KSM ini dapat mempereratkan perhuungan sesama anggota keluarga KSM.

Malam Jasamu Dikenang 2017

Majlis Malam Jasamu Dikenang telah diadakan pada 11 Oktober 2017 bagi meraikan 60 daripada 181 pesara serta bakal KSM 2017 dari pelbagai Jabatan dan Agensi di Kementerian Sumber Manusia, yang disempurnakan oleh YB Datuk Aei ( Dr ) Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia. YB Menteri dalam ucapannya menzahirkan  penghargaan pihak Kerajaan dan Kementerian khasnya kepada mereka yang diraikan atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan. Beliau juga berharap mereka terus ceria, diberikan kesihatan dan bersedia juga 'bekerja semula' sekiranya dipanggil dan diperlukan pihak kerajaan.

Antara yang diraikan ialah mantan KSU, YBhg Dato' Sri Adenan, Ybhg Dato' Mohd Sahar Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Tn Hj Zahrim Osman Pengarah Eksekutif NIOSH yang akan bersara mulai 3 November, Tn Hj Norman Kusin ( bersara mulai 24 Nov 2017 ) dan Tn Syed Mohamad Noor, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia.

Sementara itu, tiga orang telah terpilih menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang 2016, iaitu Ir Dr Majahar bin Abdul Rahman ( JKKP ), Encik Husdin Che Amat ( JKKP ) dan En Ganesan a/l V. Murugesu ( CIAST  ).


Perlantikan Ahli Majlis MPGN

 

Seramai 25 anggota Majlis Perundingan Gaji Negara ( MPGN ) menerima watikah pelantikan mereka bagi tempoh 2017 hingga 2020, dengan dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Steve Shim Lip Kiong. Perlantikan yang dilakukan bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan dasar gaji minimum negara itu dibuat menerusi penyerahan watikah telah dilakukan oleh YBhg Datuk Sri (Dr) Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di pejabatnya pada 12 Oktober 2017.

MPGN juga sudah mula menyediakan perancangan untuk mengkaji semula Perintah Gaji Minimum 2016, yang bakal dimuktamadkan pada pertengahan 2018. Ini adalah selaras dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang menetapkan perintah berkenaan perlu dikaji semula sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 2 tahun.

Selain membentuk Kumpulan Penyelidik Gaji dan Gaji Minimum bagi membantu MPGN dan Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) dalam kajian impak yang dijalankan, Kementerian juga juga menyediakan medium perkongsian mengenai gaji minimum dalam portal Gaji Minimum bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas orang awam.

Dr Mohd Gazali Abas, KSU Baru KSM

Ybrs. Dr Mohd Gazali Abas, 57 tahun dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang baharu bermula 9hb Oktober 2017, menggantikan Datuk Seri Adenan Abdul Rahman yang bersara pada 5 Okt. Beliau sebelum ini adalah Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (Intan).

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 31 tahun apabila mula menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 13 Jan 1986. Selain Timbalan Ketua Setiausaha ( Operasi ) KSM , Dr Mohd Ghazali pernah berkhidmat sebagai Pengarah Seksyen Pembangunan Modal Insan, Unit Perancang Ekonomi; dan Pengarah Eksekutif Network of Asia Pacific Schools and Institute of Public Administration and Governance (NAPSIPAG).

Dr Mohd Gazali berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi ( Kepujian ) dari Universiti Malaya, Sarjana Pentadbiran Peniagaan dari University Of Nottingham dan Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Informasi dan Telekominikasi dari University Waseda Jepun.


TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!